Tuesday, 26 June 2012

DENDA MINIMUM RM300

Denda minimum RM300 pandu lebih had laju
Oleh Hassan Omar, Faiza Zainuddin dan Haspaizi Mohd Zin

2012/06/26

KUALA LUMPUR: Denda minimum kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan RM300, manakala had maksimum dinaikkan sehingga RM2,000 atau boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ia adalah kenaikan sekali ganda bagi kesalahan itu apabila Subseksyen 26(2) dalam Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dijangka diluluskan Dewan Rakyat minggu ini berbanding denda maksimum RM1,000 sekarang.
Ketika ini, tiada had denda minimum ditetapkan untuk kesalahan berkenaan. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Ia bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, pindaan Subseksyen 26(2) Rang Undang-undang terbabit memperuntukkan denda minimum dan maksimum yang sama bagi kesalahan memandu tanpa lesen atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pemandu atau pejalan kaki yang mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas diberikan anggota polis atau warden lalu lintas pula boleh didenda minimum dan maksimum yang sama melalui pindaan Subseksyen 79(2) berbanding denda maksimum RM500 sekarang.

Selain itu, Seksyen 76A yang baru diperkenalkan dalam rang undang-undang itu membenarkan pemandu membelok ke kiri di simpang lalu lintas yang ada dipasang isyarat membenarkan membelok ke kiri jika pemandu mendapati selamat untuk berbuat demikian.
Sesiapa melanggar seksyen berkenaan boleh didenda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.

Rang undang-undang itu turut memasukkan takrif baru ‘basikal elektrik’ yang diistilahkan ‘sikal’ dengan bantuan kayuh dilengkapi motor elektrik sokongan yang ada kuasa berkadar berterusan maksimum 0.25kW.

Output basikal elektrik itu berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang berhenti mengayuh.

TENTERA SYRIA BERPALING TADAH

Pegawai tentera Syria berpaling tadah


2012/06/26

ANKARA: Seorang panglima tentera Syria dan 38 askar lain berpaling tadah kepada Turki malam kelmarin, lapor televisyen tempatan beberapa hari selepas Syria menembak jatuh sebuah pesawat perang Turki, mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Turki memanggil satu mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Selasa untuk memberi maklum balas berikutan kejadian tembakan sebuah pesawat tentera dalam apa yang disifatkan sebagai satu serangan tanpa amaran di ruang udara antarabangsa.
Kabinet Turki bermesyuarat semalam untuk membincangkan serangan Jumaat lalu yang meningkatkan lagi ketegangan hubungan kedua-dua negara ketika penduduk meneruskan penentangan ke atas Presiden Bashar al-Assad.
Britain berkata ia boleh mengenakan tindakan lebih tegas pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tindakan terbaru berpaling tadah tentera bersenjata Assad boleh menggalakkan lebih ramai berbuat demikian. Tetapi sebarang tindakan menderhaka di kalangan pegawai tinggi pasukan bersenjata sering terikat dengan Assad berikutan latar belakang fahaman Alawiyin mereka.

“Seorang panglima tentera Syria, dua kolonel, dua mejar, seorang leftenan dan keluarga mereka semuanya 199 orang menyeberang sempadan Turki malam kelmarin,” lapor CNN Turki.

Seramai 13 panglima Syria berada di Turki memberikan bantuan logistik kepada Tentera Pembebasan Syria, walaupun Ankara menafikan menyasarkan pemberontak.
Akhbar Turki menyambut baik keputusan Perdana Menteri Yayyip Erdogan dalam satu artikel perjanjian diasaskan NATO yang menyediakan perbincangan segera jika ada ahli dianggap mengancam kepentingan keselamatannya.

“Turki sudah mengambil tindakan,” kata akhbar Milliyet dan Vatan dalam tajuk utamanya di bawah bendera NATO. Akhbar Liberal Radikal pula melaporkan ‘Bukan kemalangan, satu serangan’.

Operasi mencari pesawat dan dua juruterbang diteruskan di timur Mediterranean, berhampiran sempadan maritim kedua-dua negara.

Namun penganalisis berkata ia bukan sesuatu yang mudah walaupun negara itu memiliki kekuatan tentera kedua terbesar dalam NATO, dengan setengah juta adalah bersenjata, memilih sekurang-kurangnya untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.
– Reuters

NATO KUTUK TINDAKAN SYRIA

NATO kutuk tindakan Syria tembak jatuh pesawat Turki


2012/06/26

BRUSSELS: NATO mengutuk tindakan Syria menembak pesawat Turki sebagai "tidak boleh diterima" dan menyatakan "sokongan dan solidariti" kepada Turki selepas mesyuarat tergempar hari ini.

“Kami menganggap tindakan itu sebagai tidak boleh diterima dan mengutuknya sekeras-kerasnya," kata Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.
Rasmussen berkata demikian selepas Majlis Atlantik Utara bersidang atas permintaan Turki susulan pesawat pejuang Phantom 4 ditembak jatuh oleh Syria Jumaat lalu.
Juruterbang dan pembantu pesawat berkenaan masih hilang. - AFP

Monday, 25 June 2012

PENDIDIKAN AGAMA BENDUNG LUAR TABII

Pendidikan agama, kerohanian bendung gejala luar tabii
Oleh Mohammad Hanif Mat Ail

2012/06/25

ISLAM menghormati hak dan undang-undang masyarakat bukan Islam walaupun tingkah laku dan corak hidup mereka bertentangan syariah Islam. Ini asas kepada pembentukan masyarakat majmuk dalam negara Islam.

Gay dan lesbian adalah salah satu corak kehidupan Barat. Banyak gereja di Barat merestui perkahwinan sejenis dan melantik gay dan lesbian menjadi bishop serta paderi antaranya; Gereja Evangelical Lutheran di Kanada dan Denmark, Gereja Norway, Gereja Finland dan Gereja Sweden.
Gay , lesbian dan homoseksual diterima gereja tertentu berdasarkan kepada kefahaman doktrin agama dianuti mereka. Umat Islam tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan doktrin dan reformasi yang wujud dalam gereja dan agama Kristian.
Ulama sepatutnya lebih tekun menyebarkan agama dan memantapkan kerohanian supaya tingkah laku orang Islam serta keperibadian mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam Perkara utama perlu dilakukan umat Islam masa kini ialah menumpukan perhatian kepada pendidikan kerohanian dan agama kepada masyarakat Islam supaya gay, lesbian serta homoseksual tidak menjadi budaya umat Islam.

Masyarakat sekular di Barat mudah terdedah kepada corak kehidupan gay, lesbian dan homoseksual akibat kehausan kerohanian yang tidak disulami nilai agama.

Corak kehidupan individualistik dan materialistik yang melanda barat menghasilkan sosiobudaya serta masyarakat yang lebih mengutamakan bisikan hati, hawa nafsu daripada akal atau intelek dalam mengendalikan urusan peribadi.

Ciri begini telah menular dalam negara. Terdapat umat Islam mempunyai kecenderungan membentuk budaya gay, lesbian dan homoseksual. Perkara begini sepatutnya menjadi perhatian ulama dan pemimpin Islam.
Tindakan undang-undang tanpa disulami kegiatan yang boleh menyemarakkan kerohanian keagamaan tidak mungkin mampu menyekat penularan budaya di luar tabii manusia daripada melanda umat Islam negara ini.

Apabila umat Islam mempunyai kecenderungan memilih corak hidup bertentangan fitrah manusia, maka pemimpin dan ulama Islam perlu bermuhasabah serta melihat kepada akar permasalahan mendorong umat Islam memilih corak kehidupan sedemikian.

Ulama sepatutnya lebih tekun menyebarkan agama dan memantapkan kerohanian supaya tingkah laku orang Islam serta keperibadian mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Program agama sepatutnya lebih tertumpu kepada aspek pendidikan kerohanian secara praktikal bukan dalam bentuk celoteh dan perbahasan. Isi kandungan pula dapat memberi kesan kepada jiwa pendengar dan menyedarkan mereka hakikat kehidupan berteraskan syariah Islam.

Kurang berdamping dengan remaja juga antara faktor utama menyebabkan remaja Islam ketandusan kerohanian. Remaja Islam masa kini didedahkan pelbagai unsur negatif melalui media massa. Teknologi komunikasi memudahkan kumpulan gay, lesbian dan homoseksual menyebarkan ideologi dan budaya mereka kepada masyarakat seluruh dunia.

Remaja yang terpinggir daripada didikan dan latihan kerohanian mudah dipengaruhi budaya gay, lesbian dan sebagainya.

Sikap dan mentaliti gemar menghukum serta menghina sepatutnya dihapuskan dalam pemikiran pendakwah kerana sikap begini menyukarkan mereka bergaul dengan golongan ketandusan kerohanian yang memerlukan didikan.

Latihan kerohanian seperti melatih remaja mengamalkan ibadah boleh memperkukuhkan kerohanian dan penjelasan mengenai manfaat melaksanakan ibadah diwahyukan Allah perlu disampaikan secara jelas supaya mereka mengetahui bagaimana mengimbangi tuntutan dunia serta akhirat.

Berdasarkan suasana masyarakat Islam mudah terdedah kepada gejala homoseksual dan lesbian, maka umat Islam terutama ibu bapa perlu mendidik anak dengan sifat fitrah ciptaan mereka. Anak lelaki diasuh dan dilatih menghargai diri sebagai lelaki, begitu juga didikan terhadap anak perempuan.

Struktur masyarakat Islam perlu diperkukuhkan dengan kegiatan amar makruf nahi mungkar, iaitu bekerjasama memelihara masyarakat Islam seperti memelihara saudara sendiri. Inilah kunci utama kekuatan umat Islam dalam menghadapi pelbagai rintangan dan pengaruh negatif.

USAH TERTIPU JADI HAMBA PESONA DUNIA

Usah tertipu, jadi hamba pesona dunia
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

2012/06/25

Umat Islam tak wajar lalai, abai tuntutan alam akhirat

NILAI kehidupan dunia tidak diukur pada melimpah ruahnya harta, tingginya pangkat kedudukan, ataupun kesenangan duniawi belaka. Perlu diinsafi semua itu hanyalah bersifat sementara. Oleh itu, seorang Muslim janganlah menjadikan semua itu tujuan akhir atau matlamat kehidupan dunia.
Jika diamati secara mendalam, al-Quran memberikan gambaran bahawa kehidupan dunia berada di bawah naungan keredaan Ilahi sebenarnya tidaklah membuatkan Muslim terlena dalam urusan dunia, dan melupakan kehidupan akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 185) Pertama, dunia digambarkan sebagai satu permainan sia-sia dan senda gurau melalaikan. Kesenangan dunia dinikmati insan tidak bersifat kekal. Untuk itu, setiap Muslim jangan mudah terpedaya silauan dunia dan jangan juga mudah lalai memberi perhatian urusan akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am, ayat 32)

Kedua, dunia itu perhiasan yang mempesonakan. Kehidupan dunia berupa wanita, keturunan, harta dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak, sawah ladang, dan sebagainya hanyalah sebuah perhiasan, bukannya sesuatu yang bernilai di sisi Allah SWT.

Ketiga, dunia juga disifatkan sebagai kehidupan penuh helah dan tipu daya kerana dunia dapat menundukkan manusia, berupaya membuatkan mereka cenderung dan cinta kepadanya, di samping mengakibatkan mereka lalai melaksanakan kewajipan untuk menghadap Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Keempat, dunia ini adalah himpunan harta benda yang dicari manusia. Namun, ingatlah bahawa harta benda ini tidak akan kekal untuk selamanya. Sebaliknya, kehidupan dunia ini sebenarnya datang hanya untuk memberi peringatan kepada setiap insan sifat dunia yang bersifat sementara.

Selain itu, Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud: “Kekayaan yang sebenarnya bukanlah terletak pada banyaknya harta benda, akan tetapi terletak pada kelapangan hati.” (Hadis riwayat Muslim)

Mencintai dunia seperti wanita, anak, harta dan sebagainya adalah fitrah setiap manusia. Justeru, Islam tidak melarang umatnya mencari dan mengumpulkan kesenangan dunia, bahkan Islam menganggap harta sebahagian keperluan asasi manusia.

Allah SWT menegaskan dunia dengan segala isinya telah disediakan untuk dimanfaatkan dan dimakmurkan manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Walau bagaimanapun, Islam membimbing kecintaan manusia terhadap dunia supaya sesuai dengan tuntutan Allah SWT. Sehubungan itu, Islam membezakan kecintaan terhadap dunia kepada dua perkara penting.

Pertama, tertipu dan terpedaya oleh dunia sehingga manusia menjadi hamba dunia, abdi kepada harta dan kekuasaan dimilikinya. Harta dan pangkat kedudukan menyebabkannya jauh dari Allah SWT.

Watak seumpama Qarun, seorang yang mencintai harta dan Firaun, seorang mencintai pangkat dan kekuasaannya adalah sebahagian daripada contoh manusia yang tertipu dengan pesona dunia. Ini adalah contoh dan persepsi salah terhadap dunia.

Kedua, menjadikan dunia alat dan saranan untuk dimanfaatkan bagi tujuan beribadah kepada Allah SWT, bukan sebaliknya, iaitu meletakkan dunia sebagai tujuan atau matlamat yang akan memperhambakan pemiliknya. Inilah contoh dan persepsi yang benar terhadap dunia.

Pendek kata, Islam menjelaskan bahawa Muslim sepatutnya meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati. Justeru, setiap Muslim hendaklah selalu berniat dengan harta dimilikinya akan melahirkan anak yang soleh.

Dengan pangkat kedudukan dimilikinya, Muslim mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Sebenarnya bukan dunia yang menjadi masalah, tetapi niat, persepsi dan cara mendapatkan dunia.

Dengan niat betul, persepsi yang benar dan cara halal, dunia menjadi hamba kepada manusia, bukannya manusia menjadi hamba kepada dunia.

ANAK RAJA DADAH

Penjual kereta terpakai dianggap anak Raja Dadah


2012/06/25


MEXICO CITY: Kerajaan Mexico mengakui seorang lelaki yang ditahan anggota keselamatan kerana dianggap anak Raja Dadah, Joaquin 'El Chapo' Guzman, sebenarnya seorang penjual kereta terpakai.

‘El Chapo’ bermaksud ‘si pendek’ adalah pemimpin sindiket dadah Sinaloa yang dikehendaki pihak berkuasa sejak lari dari penjara pada 2001.
Sindiket dadah Sinaloa mengawal sebahagian besar operasi kokain, marijuana dan metamfetamin ke Amerika Syarikat.
Khamis lalu, pegawai menunjukkan kepada media seorang lelaki yang dikatakan anak Raja Dadah berkenaan iaitu Jesus Alfredo Guzman.

Bagaimanapun, pejabat Peguam Negara mengesahkan kelmarin lelaki itu sebenarnya ialah Felix Beltran Leon, seorang penjual kereta.

Ibu Felix, Elodia, berkata keluarganya tidak ada kena mengena atau hubungan keluarga dengan Guzman.

Pihak berkuasa pada awalnya menghebahkan berita penangkapan anak Guzman dengan menyifatkannya sebagai kejayaan besar sejak beberapa tahun lalu.
Tetapi, dalam tempoh beberapa jam selepas lelaki itu ditahan, identitinya seperti didakwa pihak berkuasa mula diragui.

Ia berikutan kenyataan seorang peguam mewakili keluarga Guzman bahawa suspek dalam tahanan itu bukan anak Raja Dadah itu.

Ia kemudian disusuli kenyataan Elodia kepada wartawan menafikan sebarang hubungan dengan Guzman atau sindiketnya. – Agensi

MORSI SAH PRESIDEN MESIR

Morsi sah Presiden Mesir


2012/06/25


Calon Ikhwanul Muslimin kalahkan bekas PM, Ahmed Shafiq

KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih mengikut proses demokrasi semalam selepas meraih sokongan 51.7 peratus undi bagi mengalahkan pencabarnya, Ahmed Shafiq dalam pusingan kedua pilihan raya presiden, minggu lalu.
Morsi menggantikan Hosni Mubarak yang digulingkan 16 bulan lalu dan pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh penyokong Ikhwan di Dataran Tahrir.Mereka menjerit ‘Allahu Akbar’ sambil bertepuk tangan, mengibarkan bendera kebangsaan dan membakar bunga api.
Morsi menang tipis pengundian pusingan pertama Mei lalu apabila meraih hampir suku undi dan berikrar membentuk kerajaan untuk semua ketika minoriti Kristian meluahkan rasa gusar terhadap pentadbiran parti agama.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan Shafiq meraih 48.3 peratus undi manakala sebanyak 51 peratus pengundi yang layak mengambil bahagian dalam pengundian pusingan kedua.

Jurucakap Morsi, Ahmed Abdel-Attie berkata tiada kata-kata yang dapat menceritakan rasa gembira ketika detik bersejarah ini.

“Kami mencapai kejayaan ini kerana darah mereka yang syahid ketika revolusi meletus. Mesir akan memulakan fasa baru dalam sejarah,” katanya.
Shafik yang juga Perdana Menteri terakhir era Mubarak tidak memberi ulasan tetapi menawarkan khidmatnya untuk bertugas di bawah pentadbiran Morsi, 60.

Morsi menang tipis pengundian pusingan pertama Mei lalu apabila meraih hampir suku undi dan berikrar membentuk kerajaan untuk semua ketika minoriti Kristian meluahkan rasa gusar terhadap pentadbiran parti agama.

Majlis Tentera yang memerintah akan kekal memegang kuasa terhadap tentera terbesar Asia Barat yang juga sekutu rapat Amerika Syarikat.

Morsi sudah berkata bahawa beliau akan terus menghormati perjanjian antarabangsa khususnya perdamaian dimeterai dengan Israel di bawah Anwar Sadat pada 1979 yang menjadi sumber bantuan tahunan oleh Amerika.

Apa yang pasti, Morsi tidak akan mendapat kuasa yang mutlak seperti ketika pemerintahan Mubarak kerana ia sudah dihadkan oleh pemimpin tentera.

Sama ada perkara itu akan membawa kepada sengketa baru dengan tentera berkemungkinan kerana Ikhwan sudah membantah keputusan Majlis Tentera dalam hal itu.

Pun begitu, kemenangannya memecah tradisi Mesir kerana biasanya dikuasai pemimpin tentera yang menjadi pemimpin negara itu sejak sistem monarki tamat 60 tahun lalu. – Reuters/AP

116 LAGI KORBAN KONFLIK DI SYRIA

116 lagi korban konflik di Syria


2012/06/25

Tentera Damsyik terus bedil kubu penentang Presiden Bashar al-Assad

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 116 orang terbunuh semalam dalam konflik di seluruh Syria selepas tentera membedil kubu penentang Damsyik manakala Turki mengakui pesawatnya menceroboh ruang udara negara jirannya menyebabkan ia ditembak jatuh.
Pada masa sama, Presiden Syria, Bashar al-Assad, membentuk kabinet baru tetapi portfolio penting terus dipegang orang yang sama.
Pertubuhan Syrian Observatory for Human Rights mendedahkan, 116 orang, 77 adalah orang awam terbunuh dalam keganasan di seluruh negara itu selepas penyokong pemerintah memperhebat serangan.

Kumpulan berpejabat di Britain itu berkata, orang awam maut selepas kubu penentang dibedil pesawat tempur.

Ia termasuk keluarga enam sekeluarga di Deir Ezzor, timur Syria, membabitkan seorang lelaki dan tiga anaknya di Kfaraaya, di tengah wilayah Homs dan empat anggota keluarga lain termasuk dia kanak-kanak di Hama, tengah Syria.

Seramai 19 askar maut dalam pertempuran dengan pemberontak dan 10 lagi cedera manakala 10 lagi anggota tentera ditembak mati kerana cuba belot.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pula mengutuk pembunuhan seorang pekerjanya, Bashar al-Youssef, 23, di Deir Ezzor, Jumaat lalu.

Sementara itu, di MANILA, Filipina berkata sekurang-kurangnya 14 pegawai imigresen negara itu kini disiasat berikutan satu dakwaan kerana dituduh terbabit dalam penyeludupan manusia membabitkan penduduk miskin negara itu ke Syria yang dilanda keganasan.

Pesuruhjaya Imigresen, Ricardo David berkata bahawa pihaknya sedang bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan oleh sepasukan petugas khas kerajaan mengenai penyeludupan yang boleh membawa kepada pertuduhan jenayah atau pemecatan pegawai terbabit.

“Kami mahu memberitahu orang ramai bahawa biro ini dalam pemantauan saya tidak akan ada tolak ansur dalam perbuatan jenayah,” kata David.

Seramai 19 pegawai imigresen yang didapati membantu agensi merekrut pembantu rumah haram ditamatkan tugas mereka tahun lalu, kata David.

Kementerian Buruh pula berkata penduduk Filipina dari wilayah miskin sering kali mudah tertipu untuk ke Syria. Kebanyakan mereka ialah golongan wanita akhirnya menjadi pembantu rumah dalam keadaan kerja yang amat susah.

Katanya, secara purata seramai 100 penduduk Filipina memasuki Syria setiap bulan.

Kerajaan Filipina melarang rakyatnya daripada bekerja di Syria dan mengarahkan perpindahan mandatori semua rakyatnya di sana pada Disember, kira-kira 10 bulan selepas kebangkitan menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Daripada sejumlah 7,000 rakyat Filipina yang diketahui berada di Syria, seramai 1,500 sudah berjaya dibawa pulang, kata Kementerian Buruh. – AFP

ALONSO WIRA LA ROJA

Euro 2012: Alonso wira La Roja


2012/06/25


Anak buah Del Bosque tunjuk 'jalan keluar' Les Bleus

SEPANYOL melangkah setapak lagi untuk menjulang kejuaraan utama ketiga selepas menundukkan Perancis 2-0 di suku akhir, awal pagi semalam.
Gol dalam setiap babak permainan melalui pemain tengah, Xabi Alonso membawa penyandang juara dunia dan Eropah itu ke separuh akhir bertemu Portugal di Arena Donbass, Khamis ini.
Saya fikir kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang masa. Ia tidak pernah menjadi mudah namun saya merasakan kami bermain perlawanan yang hebat. - Xabi Alons Ia kemenangan pertama Sepanyol dalam tujuh perlawanan kompetitif menentang Perancis, yang berhasrat menjadi pasukan pertama menyingkirkan pasukan itu daripada kejohanan utama sejak melangkah ke final Piala Dunia 2006.

Sepanyol mengharungi tekanan Perancis pada babak kedua sebelum Alonso mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

“Saya fikir kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang masa. Ia tidak pernah menjadi mudah namun saya merasakan kami bermain perlawanan yang hebat,” kata Alonso.

“Saya tidak fikir ia keputusan yang tidak adil kerana mereka tidak benar-benar menghasilkan banyak peluang.
“Kami mengawal permainan lebih banyak. Perlawanan seperti ini selalunya amat tegang dan kami perlu memberikan tumpuan penuh untuk menang,” kata pengendali Sepanyal, Vicente del Bosque.

Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

PERCATURAN BLANC TAK MENJADI

Euro 2012: Percaturan Blanc tak menjadi


2012/06/25

DONETSK: Pengendali Perancis, Laurent Blanc mengakui jaringan awal Xabi Alonso menjadi penyebab utama kekalahan 2-0 kepada Sepanyol dalam suku akhir, awal pagi semalam, namun tetap mempertahankan pendirian menyenaraikan lima pemain di bahagian tengah.

Blanc mengejutkan banyak pihak apabila meletakkan lima pemain di bahagian tengah pada perlawanan itu dalam cubaannya untuk menyekat pergerakan pemain penyandang juara dunia dan Eropah itu di Arena Donetsk.
Pemain pertahanan kanan, Anthony Reveillere diletakkan di luar posisi asalnya di sayap kanan bersama Mathieu Debuchy dalam usaha Blanc untuk menyekat Jordi Alba dan Andres Iniesta di sebelah kiri Sepanyol.
Begitupun, posisi yang dirombak itu berjaya dipecahkan Sepanyol yang mencipta gol pertama pada minit ke-19, dengan Iniesta memberi laluan kepada Alba untuk memberi hantaran kepada Xabi Alonso meledak jaringan.

Persembahan Perancis meningkat pada separuh masa kedua, sebelum jaringan penalti Alonso pada masa kecederaan, namun Blanc berkata dia lebih kecewa dengan jaringan awal Sepanyol berbanding kegagalan pasukannya menyempurnakan peluang.

“Jika kamu melihat kepada pasukan kami, kami tahu bahagian kiri Sepanyol amat kuat.

“Dengan Alba dan Iniesta, mereka mempunyai dua pemain yang boleh menukar posisi secara mengejut. Apa yang mengecewakan ialah kami melepaskan bola dari sudut itu.
“Jika kamu melihat kepada separuh masa pertama, hanya masa menentukan bila Alba akan melakukan hantaran. Sekalipun kami menguasai bahagian depan, Xabi (Alonso) menjaringkan gol di bahagian belakang.

“Ini sudah tentu mengecewakan. Kami tahu mereka bahaya di bahagian itu dan mengubah barisan kami untuk mengurangkan tekanan, namun mereka menjaringkan gol juga dari bahagian itu.

“Dari pemahaman saya, mereka lebih baik daripada kami. Namun apa yang saya kecewa ialah jaringan pertama mereka. Walaupun mereka mendominasi permainan, saya fikir mereka takut dengan kami juga, terutama di bahagian serangan.

“Sekalipun ketinggalan 0-1, permainan kami lebih baik pada babak kedua. Kami mempunyai beberapa peluang namun gagal menyempurnakannya,” kata Blanc.

Selain itu, Blanc juga kecewa kerana tidak mempunyai masa cukup untuk menyediakan pasukannya berdepan Sepanyol, berbanding Itali yang berjaya mengikat lawan sama 1-1 di peringkat kumpulan. - AFP

MESSI HANTUI RONALDO

Euro 2012: Messi hantui Ronaldo untuk raih 'pemain terbaik dunia'

DONETSK: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tetap dihantui kelibat Leo Messi yang tidak beraksi di Euro 2012, bagi meraih gelaran 'pemain terbaik dunia'.

Messi diiktiraf sebagai terbaik sebanyak tiga kali berbanding Ronaldo sekali tetapi persaingan mengejar takhta yang berterusan itu sangat menarik antara Real Madrid dengan Barcelona.
Ini kerana persaingan mereka tidak seperti Pele dan Diego Maradona yang tidak pernah memenangi gelaran antarabangsa. Pergerakan bibir peminat terhadap perlawanan lalu kekal dengan mengatakan Ronaldo menjerit ‘Messi’ selepas menjaringkan gol ke atas Republik Czech - meskipun dia menegaskan sebaliknya dengan menyatakan ia didedikasikan untuk anaknya Cristiano Ronaldo Junior.

Bekas bintang Real Madrid, Alfredo di Stefano kini memasuki debat itu dengan memberitahu akhbar harian Portugal, Diario de Noticias, dia menyokong hujah Ronaldo itu.

“Saya tidak melihat semua aksi Euro 2012 tetapi Ronaldo mempunyai corak permainan yang hebat. Dia menjaringkan gol yang cantik ketika bertemu Republik Czech.

“Dia pemain yang lengkap - penyerang yang ada di sana untuk menjaringkan gol,” kata legenda Real Madrid kelahiran Argentina itu.
Namun, Di Stefano mengakui dia mempunyai sebab khas untuk memberi sokongan kepada Ronaldo - bukan semestinya atas alasan bakat semata-mata. “Messi dan Rpnaldo adalah dua pemain yang berbakat besar tetapi saya ingin menegaskan pemain terbaik di dunia adalah dari Real Madrid,” jelasnya.

Messi yang kini di Argentina begitupun cuba untuk mengelak perdebatan itu. “Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan,” katanya secara diplomatik - meskipun dia pernah berkata mengimpikan Sepanyol - yang boleh bertemu Portugal dalam separuh akhir - untuk memenangi kejohanan.

“Saya harus mengakui yang saya tidak sangat mengikuti Euro 2012 dan saya tidak mempunyai pasukan pilihan yang jelas tetapi saya menyukai Sepanyol untuk menang bagi menggembirakan semua rakan di sana.” - AFP

6 CIRI-CIRI ORANG BERIMAN

6 Ciri Orang Beriman-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya,dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat,dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela,Barang siapa yang mencari dibalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya,serta orang yang memelihara solatnya,mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,(yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus. Mereka kekal di dalamnya. Al-Mukminun:1-11


1. Orang Yang Khusyuk Dalam Solat

Mereka yang khusyuk di dalam solat. Hal ini adalah kerana solatmerupakan perkara yang pertama sekali akan disoal oleh Allah S.W.T di hari qiamat kelak. Jadi, orang yang menjaga solatnya dengan baik,khusyuk dan tawadhuk, maka mereka merupakan orang yang berjaya. Hasil dari solat yang khusyuk dan sempurna inilah dapat mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ankabut, ayat 45. yang bermaksud: (Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang itu darimelakukan perbuatan keji dan mungkar.)


2. Menjauhkan Diri Dari Perbuatan Dan Perkataan Tidak Berguna

Orang yang menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini adalah kerana benda-benda yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripadamengingati Allah S.W.T, maka senanglah syaitan dan hawa-nafsu menguasai serta membawa dirinya ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah S.W.T. Oleh itu mereka yang dapat menjaga diri merekadaripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan, merekaadalah orang-orang mukmin yang berjaya.


3. Orang Yang Menunaikan Zakat

Orang yang mengeluarkan zakat. Zakat asalnya ialah satu perkataan daripada bahasa arab. Ertinya ialah pembersihan. Makna zakat di sini ialah mengeluarkan sebahagian harta dengan kadar yang ditentukan oleh syarak. Zakat ini dikeluarkan kepada mereka yang disebut sebagai `asnaf lapan' di dalam surah At-Taubah-60. Mereka ialah golonganfakir, miskin, mualaf dan selainnya. Tujuan Allah S.W.T mewajibkan zakat kepada kita adalah untuk menolong mereka yang berhajat serta membersihkan jiwa kita. Jadi apabila seseorang itu mengeluarkan zakat, maka dia telah membersihkan jiwanya. Orang yang bersih jiwanya daripada kekotoran dunia adalah orang yang berjaya.


4. Orang Yang Menjaga Kemaluannya

Orang yang menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T melainkan kepada isteri dan hamba perempuannya. Oleh kerana perkara ini merupakan satu perkara yang payah untuk dielakkan, Rasulullah S.A.W menjamin kepada mereka yang dapat menjaga kemaluannya dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dengan mendapat lindungan ArasyNya di Padang Mahsyar kelak. Jadi, mereka yang berjaya menahan nafsunya dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T adalah dari golongan orang mukmin yang berjaya.


5. Orang Yang Menjaga Amanah Dan Janji

Orang yang menjaga amanah dan janji yang diberikan kepada mereka. Mereka menjaga amanah dan janji dengan penuh tanggungjawab dankesedaran. Ini adalah kerana mereka yang mengkhianati serta tidakmemelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka disifatkan oleh Rasulullah sebagai orang munafik sebagaimana sabdanya yang bermaksud: (Tanda-tanda orang munafik ada tiga: (1) Apabila diabercakap, dia bercakap bohong, (2) Apabila dia berjanji, dia tidakmenepatinya, (3) Apabila dia diberikan amanah, dia mengkhianatiamanah yang diberikan kepadanya).Oleh itu, mereka yang mempunyai sifat amanah ini, mereka merupakan orang yang berjaya.


6. Orang Yang Menjaga Solatnya

Orang yang menjaga dan menunaikan solatnya dengan baik. Di sini Allah S.W.T menyebut sekali lagi berkenaan dengan solat. Maksudnya di sini ialah menjaga dan menyempurnakan segala hak-hak yang berkaitan dengan solat. Hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah seperti menunaikannya dengan berjemaah, solat di awal waktu, menyempurnakan rukuk, sujud dan segala rukun-rukunnya. Betapa ramai mereka yang mendirikan solat, tetapi pada hakikatnya mereka tidak bersolat. Mereka yang tidak mendirikan solatnya dengan sempurna disifatkan oleh Allah S.W.T sebagai `celaka'. Sebagaimana firmanNya di dalam surah Al-Ma'un:yang bermaksud: (Maka celakalah mereka yang bersolat iaitu merekayang lalai terhadap solatnya). Oleh itu, mereka yangmenjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya.Mereka berhak mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T di akhirat kelak.

Inilah semua ciri-ciri dan sifat orang-orang yang berjaya yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam surah di atas. Pada akhir ayat ini AllahS.W.T berjanji akan mewarisi mereka dengan SyurgaNya iaitu SyurgaFirdaus. Oleh itu bertuah dan beruntunglah mereka yang mempunyaisifat-sifat ini.

Akhir kata, pesananku kepada diriku yang serba lemah dan hina ini, juga kepada para sahabat yang ku muliakan. marilah sama-sama kita menghisab dan menghitung diri kita,adakah kita mempunyai sifat-sifat yang di sebutkan oleh Allah S.W.Titu. Jika sifat-sifat ini tidak ada di dalam diri kita, sama-samalahkita berusaha untuk mendapatkannya.Moga kita akan sentiasa berada di dalam naungan rahmat dan kasih sayangNya..Ameen.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1.
OptimistikPelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk bolehmenempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikansemangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2.
Jangan bersikap pesimistikPelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cubabelum tahu.

3.
Kesedaran memikul tanggungjawabPelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung padagenerasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4.
Tumpuan sepenuh hatiPelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-maindalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar seperti mereka sendiri.

5.
Mulakan dari awalPelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihatguru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6.
Sentiasa bersediaPelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7.
Lengkapkan peralatanPelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yangmencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan

6 CIRI-CIRI ORANG BERJAYA

Surah Al-Mukminun (Ayat 1-11) - 6 Ciri-ciri Orang Berjaya
Usrah Bersama Dr Fatma El Zahraa

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

MEASAT CADANG LANCAR 3 SATELIT

Measat cadang lancar 3 satelit


2012/06/25

MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (Measat) bercadang untuk melancarkan tiga satelit dalam tempoh dua tahun akan datang dalam usaha menyediakan penyelesaian satelit yang lebih inovatif dan terbaik kepada pelanggannya.

“Pelancaran tiga satelit, AFRICASAT-1a dijadual dibuat pada Februari tahun depan, MEASAT-3b pada akhir 2013 dan MEASAT-3C pada 2014,” kata Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasanya, Dr Ali R Ebadi.
“Kami berterusan melabur meningkat kapasiti satelit bagi menampung keperluan pelanggan yang kian meningkat khususnya untuk perkhidmatan terus ke rumah,” katanya pada satu temu bual di Singapura.
Ali berkata, AFRICASAT-1a adalah penggantian satelit sedia ada menerusi usaha sama dengan Kementerian Komunikasi dan Penerangan.

Measat mengembangkan jaringan satelit ke Afrika pada awal 2008 dengan tempahan satelit AFRICASAT-1, yang sebelum ini dikenali sebagai MEASAT-1.

“Mengenai MEASAT-3b, syarikat itu pada peringkat akhir rundingan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia berhubung komunikasi mudah alih yang direka khas bersama perkhidmatan penyiaran DTH untuk liputan Malaysia, India dan Indonesia.

“Satelit ini akan meningkatkan pengembangan perniagaan Astro di Malaysia, termasuk perkhidmatan lain seperti gerbang pelajaran dalam talian School.net untuk sekolah rendah dan perkhidmatan jalur lebar,” katanya.
Astro adalah jenama syarikat perkhidmatan televisyen berbayar satelit jalur lebar Malaysia.

MEASAT-3b dibangunkan oleh Astrium, anak syarikat aeroangkasa European Aeronautic Defence and Space Company (EADS).

Ia menggunakan platform Eurostar E3000 yang akan diletakkan dengan satelit MEASAT-3 dan MEASAT-3a.

Antena satelit dibuat di Stevenage sementara itu bahagian telekomunikasi di buat di Portsmouth, kedua-duanya di UK.

Sebaik saja siap, ia akan dipindahkan dan digabungkan di Toulouse, Perancis, dengan semua bahagian elektrik dikilangkan sebelum dilancarkan ke orbit dari Pusat Angkasa Guianadi Perancis.

Kos satelit MEASAT-3b, termasuk perlindungan insurans adalah sebanyak AS$350 juta (RM1.1 bilion), yang dibiayai menerusi gabungan ekuiti dan pinjaman bank.
“Kami juga dalam rundingan dengan rakan kongsi untuk satu lagi satelit yang dikenali sebagai MEASAT-3C yang juga akan memberikan kapasiti dan akan dilancarkan menjelang akhir 2014,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga satelit berkenaan akan dilancarkan oleh Arianespace, syarikat perkhidmatan pelancaran dan penyelesaian utama dunia, yang mempunyai rekod 48 pelancaran berjaya berturut-turut dengan sembilan tahun tanpa kegagalan. – BERNAMA

HARGA IKAN NAIK MENDADAK

Harga ikan naik mendadak
Oleh Faizul Azlan Razak
bhkt@bharian.com.my
2012/06/25

Nelayan kurang ke laut disebabkan faktor musim tenggara

KUALA TERENGGANU: Harga ikan kembung, selayang, bawal dan kerisi yang melambung tinggi menyebabkan pengguna di bandar raya ini mengeluh kerana tidak mampu menanggung kenaikan harga.
Tinjauan Berita Harian mendapati ikan kembung kini dijual antara RM15 dan RM16 sekilogram (sekg) berbanding RM10 sebelum ini, selayang dari RM7 kepada RM10 sekg, ikan tongkol daripada RM8 ke RM12 sekg dan ikan kerisi dari RM8 kepada RM14 sekg.
Peniaga yang ditemui berkata, kekurangan bekalan berikutan nelayan tidak turun ke laut kerana faktor musim tenggara menyebabkan mereka terpaksa menjual ikan pada harga tinggi.

Suri rumah, Fatimah Abu Bakar, 48, berkata beliau terkejut apabila diberitahu ikan kembung yang mahu dibeli berharga RM16 sekg, berbanding RM10 sekg sebelum ini.

“Suami hanya bekerja sebagai pemandu van dan perlu menanggung lima anak bersekolah. Kalau begini mahal harga ikan, golongan berpendapatan rendah seperti kami rasa terbeban.

“Jika masalah ini berlarutan, nampaknya kami terpaksa makan berlaukkan sayur saja. Mana mampu hendak keluar belanja dapur semahal ini setiap hari,” katanya.
Pembantu tadbir, Hashimah Mohd, 55, berkata, kenaikan harga ikan yang terlalu tinggi sangat membebankan pengguna, terutama keluarga yang mempunyai bilangan anak ramai dan berpendapatan rendah.

Peniaga di Pasar Besar Kedai Payang di sini, Salim Kadir, 42, berkata masalah kekurangan bekalan hasil laut berlaku sejak minggu lalu dan terpaksa mendengar rungutan pelanggan yang terkejut dengan kenaikan mendadak harga ikan.

“Sebagai peniaga, kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana kami juga membelinya daripada pemborong pada harga mahal. Kami kasihan dengan pembeli, tetapi kami tiada pilihan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohd Luqman Mostapar, 21, berkata, jika keadaan itu berterusan, beliau terkejut dimaklumkan pemborong harga pelbagai jenis ikan naik antara RM2 hingga RM6 sekg.

“Tidak tahulah sampai bila masalah ini akan berlarutan. Kami harap pelanggan memahami situasi ini dan kami bukan sesuka hati menaikkan harga ikan. Namun, ikan yang kami jual juga berpatutan dengan kualiti ikan yang masih segar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Ghazali@Suhaimi Muhammad berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenaikan harga ikan itu tidak dapat dielakkan kerana masalah kekurangan bekalan.

“Apabila masalah bekalan berkurangan, kenaikan harga pasti akan timbul. Justeru, kita sedang berbincang dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk membuat kajian bersama mengapa barangan bahan mentah di negeri ini terlalu mahal, sekali gus mencari penyelesaiannya,” katanya.

MALAYSIA PENANDA KEWANGAN ISLAM

Malaysia bakal penanda aras kewangan Islam global


2012/06/25

LANGKAH penubuhan bank Islam mega mampu menjadikan Malaysia sebagai penanda aras dalam kewangan Islam global serta memenuhi keperluan ekonomi domestik, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, penubuhan bank Islam mega juga meletakkan negara jauh ke depan berbanding negara pesaing.
“Bank Negara Malaysia sudah mengeluarkan satu lesen (kepada entiti berkenaan). Mengapa perlu (bank Islam mega) itu, kita perlu melihat konteks ekonomi negara, di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara perkhidmatan kewangan adalah antara bidang pertumbuhan ekonomi dalam negara dan ia juga sektor yang kita bersaing dengan negara luar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan rangkaian Mydin ke-100 dan pasar raya besar Mydin ke-10 di Gugusan Manjoi di Ipoh, semalam.
Setakat ini, Bank Negara belum membuat pengumuman mengenai entiti diluluskan lesen berkenaan.

Pada Mac tahun lalu, Bank Negara menjangkakan dua entiti diluluskan lesen sementara untuk menubuhkan bank Islam mega di negara ini akan mengumumkan pelan pelaburan mereka. – BERNAMA

PEMBUAT DAPUR KABINET MENANG

Pembuat kabinet dapur bawa pulang wang tunai RM20,000

LUMUT: Peserta Kategori Laut Dalam dari Negeri Sembilan, Sharizam Abdul Hamid, 36, dinobatkan juara pusingan kedua Karnival Memancing GP Joran 2012 di Teluk Senangin dekat sini, semalam, selepas menaikkan seekor jenahak seberat 5.96 kilogram (kg).
Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan hadiah iringan daripada penaja.
Pembuat kabinet dapur itu berjaya mengalahkan kira-kira 400 peserta dalam kategori sama yang memancing kira-kira 12 jam sekitar Pulau Sembilan.

Naib johan dan tempat ketiga dimenangi peserta dari Perak, Nazrul Hisyam Hassan, 29, dan Shaharudin Othman, 45, masing-masing menaikkan jenahak seberat 5.28kg dan 4.88kg.

Nazrul dan Shaharudin, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM4,000.

Bagi Kategori Pantai, pari seberat 4.28kg yang dipancing kira-kira jam 10.35 pagi membantu Mohd Nasri Abdullah, 33, dari Batu Burok, Terengganu membawa pulang wang tunai RM20,000.
Naib johan dimenangi Mohd Yusri Mohamed Yunus, 34, dari Perak dan tempat ketiga dimenangi Ibrahim Che Ros (Pulau Pinang).

Mereka berjaya menaikkan ikan bawal pinang seberat 1.32kg dan 0.91kg yang turut membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM4,000.

Hadiah kepada semua pemenang utama kedua-dua kategori disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri, Datuk Hamidah Osman; Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Zamri Man.

Sementara itu, Sharizam tidak menyangka umpan sotong menggabang berjaya memikat jenahak kira-kira jam 8 pagi semalam.

“Cadangan tekong supaya saya menggunakan umpan sotong menggabang ternyata berkesan apabila umpan yang dilabuhkan tidak sampai 15 minit terus disentap.

“Berdebar-debar saya ketika menaikkan ikan berkenaan dan lebih kurang 10 minit akhirnya ikan paling berharga dari spesies jenahak berjaya dinaikkan di atas bot,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry dalam sidang medianya berkata, GP Joran bakal dijadikan acara tahunan negeri ini pada masa akan datang.

“Selepas sembilan tahun GP Joran tidak diadakan di daerah Manjung, kali ini acara itu dianjurkan Berita Harian dan akan berlangsung setiap tahun dan bakal dijadikan acara tahunan negeri ini,” katanya.

GP Joran 2012 pusingan kedua yang berlangsung di Teluk Senangin, semalam, melabuhkan tirai dengan jayanya apabila 1,100 peserta dari seluruh negara mengambil bahagian.

Pusingan seterusnya akan menemui peserta di Kuala Pahang, Pekan Pahang, September depan.

Antara penaja pertandingan pembuka tirai ini ialah TCE Tackles Sdn Bhd, Universal Fitness & Leisure (UFL-Coleman), Nestle Product Sdn Bhd (Nestle/Maggi), Syarikat Zulkifli Bhamadhaj (Petani), Ions Adventure, Adabi Consumer Sdn Bhd, Gardenia (KL) Bakeries Sdn Bhd, Perfect Food Sdn Bhd (Julie’s).

TEMA KEMERDEKAAN 2012

Janji Ditepati' tema Hari Kemerdekaan tahun ini


2012/06/25

KUALA LUMPUR: 'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.
Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.

"Pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing.

"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya. - BERNAMA

CIRI- CIRI USAHAWAN BERJAYA


Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.

Sunday, 15 April 2012

Anda Ingin Menjadi Seorang Usahawan ?

Memiliki perniagaan menjadi impian ramai orang. Memulakan perniagaan itu akan menterjemahkan impian anda menjadi realiti. Tetapi terdapat jurang di antara impian anda dengan realiti. Jurang ini hanya dapat dilalui dengan perancangan yang teliti.


Selaku bakal pemilik pernigaan, anda perlu merancang untuk mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam lubang-lubang halangan, supaya dapat menjapai matlamat dan membangunkan perniagaan yang menguntungkan. 


Sebelum anda memulakan sebarang perniagaan, anda perlu membuat perancangan yang teliti. Apakah persiapan dan perancangan teliti ini ? tunggu untuk halaman yang akan datang. Jangan kemana-mana......

Keusahawanan Menurut Perspektif Islam

Keusahawanan ialah satu bidang kerja yang sangat mulia serta dipandang tinggi dalam Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


Maksudnya: "Lebih baik seorang yang membawa tali, lalu memikul seberkas kayu api, dan menjualnya, lalu dia memperoleh nafkah daripada usahanya dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain daripada dia meminta-minta daripada orang, sama ada orang tersebut memberikannya atau tidak. Kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Mulakan(sedekah) dengan orang yang bawah tanggunganmu."
(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab Zakat)

Saturday, 7 April 2012

Manager

How to be a good manager? 8 Quick Steps...... Being a manager in any industry can be a fulfilling job, but it can also be a difficult one. You will need to find the right balance of friendliness and authority. You will need to create a good team atmosphere while achieving the bigger goals. So how do you strike that balance?




1. Do Your Job

First and foremost do your own job. Managing people isn’t an excuse to let them do the work whilst you look on. Of course, sometimes your job may involve being more strategic but your staff will respect you for doing what needs to be done and being willing to pitch in like everyone else at times. Many of us have had managers who use their role as an excuse to do less or attend more meetings. Get the balance right and earn respect from your staff.

2. Acknowledge The Positive

See the positives in your staff and their work. Don’t be one of those bosses who only sees what’s missing rather than what’s been achieved. It is demoralizing for staff to have someone only see what they have done ‘wrong’. Positivity breeds positivity. Genuine and meaningful praise goes a long way. If this is difficult for you, get in the habit of noting down positive things you notice about how your staff work. Give feedback regularly and let them know that you see the good work they do.
Things don’t always go smoothly in any workplace. You are a manager, so you must be willing to manage. Some people find it hard to set boundaries or give feedback but it is important to get over that hurdle. If you need some help with this don’t be afraid to ask your own boss for help or request training. It doesn’t come naturally to everyone. You can make a work situation worse by not being clear with staff if you are hesitant about managing. People appreciate genuine leadership. Practice managing and making the tough decisions. These things get easier with practice but people will appreciate knowing where you stand and any changes they need to make.

3. Be Vulnerable

If you make a mistake, be big about it and apologize. It can be scary and seem like you are making yourself vulnerable, but your staff will appreciate your honesty. No one expects a manager to be super human. Everyone likes someone who takes responsibility for your actions. Being honest will help you create a culture of honesty.

4. Be Real With People

The way we work is changing. You don’t have to be superhuman or untouchable. Be the real human being that you are. Let people at work know about your life and find out about others. If you let people know the “real you” it is much easier than having different personalities for your work and home life.
Let your staff know what’s going on behind the scenes, as appropriate. If something will affect a member of staff, make sure they are included in the communication. This doesn’t mean you have to let your staff know everything. Sometimes keeping communications back until the correct time can save panic and needless worrying. Communicate appropriately and consistently but be aware of how communication (or lack of it) can affect your staff.

5. Lead By Example

If you want your staff to behave in a certain way (professional, good team players), then lead by example. It is not fair to expect your staff to do something if you are not doing it yourself.

6. Be Self Aware

Be aware of your moods and how you communicate. You may not realise how much of an impact you have on your team as a manager. You may know you are in a bad mood about the dog chewing your shoes this morning but staff may feel that they have done something wrong if they don’t know this! Be aware of how and what you communicate. Your team will pick up on it.

7. Have Fun

Having fun at work can help make the work easier for everyone, forge positive relationships and strengthen your team. There is usually room for more fun in any work environment, but if the nature of your work makes that difficult, be sure to schedule fun activities when you can. Meeting for lunch or drinks after work can help build relationships and help your team to see you and each other in a new light. If you create a positive work atmosphere it also becomes easier to deal with challenges as they arise.

8. Trust Yourself

At the end of the day, there is no one right way to be a manager. Trust yourself and learn through your mistakes.  Managing others is a great way to develop and enhance your leadership skills and create a positive work experience for yourself and others.








Diriku


Salam perkenalan untuk semua rakan - rakan yang mengenali saya dan juga kepada yang belum mengenali saya. Nama saya Abd Aziz bin Fuhyadi. Umur saya nak masuk 28 tahun. Saya adalah anak sulung, mempunyai dua orang adik lelaki iaitu Faezul dan Faiz. Nama ayah saya ialah Fuhyadi bin Afifi dan ibu saya ialah Antawati binti Halidi.Oh lupa pulak.... Yang kat sebelah saya tu ialah tunang saya dan bakal menjadi isteri saya tidak lama lagi. Nama dia Nurul Ain binti Mohd Nazri. Comel kan. hahaha

Selepas menamatkan zaman persekolahan di peringkat SPM, saya meneruskan sesi persekolahan saya ke tingkatan 6. Habis sahaja menduduki peperiksaan STPM saya mula mencari pekerjaan. Alhamdulillah saya telah diterima bekerja di Mydin Mohammad Holding Bhd ( 2004 - 2006 ) di cawangan Kajang. Jawatan pertama saya ialah Inventory Clerk dan alhamdulillah setelah berkhidmat selama setahun saya telah dinaikkan pangkat sebagai Assistant Buyer. Setelah hampir 3 tahun menimba pengalaman bekerja di sini saya telah diterima bekerja di UO Superstore cawangan Ampang sebagai Purchasing Officer tetapi jodoh saya tidak lama kerana sempat berkhidmat selama 6 bulan sahaja kerana menerima tawaran bekerja di GCH Retail (M) Sdn Bhd ( Julai 2007 - sekarang ).

Saya bekerja di GCH Retail (M) Sdn Bhd. Saya memegang jawatan Assistant Department Head. Hampir 2 tahun berkhidmat saya telah dinaikkan pangkat sebagai Division Head. Tugas saya lebih kepada ( Planning, Organising, Leading, Controling ). GCH menjalankan perniagaan peruncitan yang amat terkenal di Malaysia. Antaranya Giant hypermarket, Giant Supermarket, Giant Superstore, Cold Storage, Mercato, Guardian dan TMC. Sekarang saya bekerja di Giant Supermarket cawangan Cheras.

Kenapa saya menyambung pengajian di UKM ? kata orang jawatan dah ada, kerjaya pun bagus taip masih belajar.... Untuk apa? Sebenarnya saya adalah seorang pencinta ilmu, bagi saya selagi ada peluang untuk meneruskan pengajian selagi itu kita mesti teruskan. Bukankah itu konsep pengajian sepanjang hayat ? Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Bagi saya masa akan datang lebih mencabar berbanding sekarang. Setakat pengalaman kerja yang luas tetapi tanpa segulung ijazah di tangan tak lengkap kan... Renung - renungkan dan selamat beramal.. sekian terima kasih.